ALOHA SCLC @ Sendat Falls!

Mac 31, 2013


Musim sibuk berprogram dah mula. Pastinya dengan keluarga fakulti tercinta, Student Community Law Club. Eceh. Program Aloha SCLC menjadi pembuka tirai segala program SCLC untuk sem ni. Program ni actually motif dia nak rekrut new members dan bagi input tentang what SCLC is. I do admit, segala yang dirancang agak carca marba dek masalah teknikal yang agak banyak sana dan sini. Mesyuarat demi mesyuarat diatur, perubahan demi perubahan dibuat untuk penambahbaikan.

Program satu hari kat Air Terjun Sg Sendat, Ulu Yam berjalan dengan lancar! Super duper happy lah. Walhal hari sebelum program tu, some of us pergi Pasir Salak, Perak untuk tinjau tempat program kitorang hujung bulan Mei nanti. So agak penat sebenarnya. Tapi demi sebuah perjuangan yang belum selesai, fighting!



Disebabkan kitorang ni team penyediaan tempat dan modul, kitorang decided untuk gerak awal, around pukul 7 pagi untuk cop tempat, buat bbq siap-siap dan prepare bahan untuk aktiviti peserta. Sungguh mencabar survival skills bila nak buat bara api untuk buat bbq. Wakaka. Nasib baik ada team yang very positive dan optimist. Gigih sungguh! 

 

Pokoknya, semorang pun happy. Misi mencari ahli-ahli keluarga yang baru selesai. Moga segala program SCLC lepas ni lebih meriah dengan penyertaan hadek hadek nih. Cewah!



You Might Also Like

0 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe