Mock Trial UKM 2013 #CENDOL

Mac 23, 2013


Mesti ada yang wonder bila aku duk tweet pasal MOCK TRIAL tak sudah. In law school, mock trial ni kiranya satu sesi perbicaraan dalam mahkamah yang dipentaskan dalam bentuk komedi yang lebih bersahaja, tak serius macam dalam mahkamah tu.

Selain berhibur, mock trial ni bagi pendedahan kepada penonton yang bukan dalam kalangan law students untuk dapat overview tentang macamana mahkamah bersidang. Konsep dia sama je. Cuma the way diorang sampaikan tu je berbeza.

Memandangkan event ni dibuat di Panggung Seni UKM yang mana jumlah kapasiti penonton adalah terhad, LawSoc UKM memutuskan untuk buat 3 kali pementasan. Aku pergi hari yang kedua which is semalam. Serius aku eksaited sebab yang terlibat dengan pementasan malam tu adalah batch pre-law UiTM aku. Kiranya support member la.



"CENDOL". Basically, jalan cerita dia mudah dan boleh diagak, straight forward dan tak berbelit. Simple. Ceh, over description pulok! Cerita dia tentang sorang Datuk ni mati keracunan cendol yang mana isteri pertamanya yang jadi tertuduh sebab ada banyak motif yang jelas. End up, sebenarnya isteri kedua dia yang bunuh atas sebab ketidakadilan dalam rumahtangga. Gituhhh. Drama Melayu klise kan? Wakaka.

Tapi sungguhpun begitu, jalan ceritanya tak drag mood penonton untuk cepat bosan sebab serius kelakar ya amat! Even few scripts nampak hambar, tapi they did a very good job! Semorang yang datang pun terhibur. Disebabkan pementasan di buat di tempat yang tak berapa besar as compared to DATC UiTM Shah Alam, masalah teknikal tu almost tak ada. Jadi, penonton dapat capture setiap apa yang nak disampaikan.

 curik gambo kat fb azza :P

Akhir kata, LawSoc UKM did a superbbbbb job. Dengar cerita, dah lama diorang tak bikin mock trial. Tapi hasilnya memang terbaekkk. Moga LawSoc UiTM dapat ambek pengajaran ya. Sesungguhnya, tak perlu backup singer yang ramai, sekumpulan dancers yang santekk dan mekap yang maha tebal untuk menghasilkan pementasan yang berkesan. Cewahhh!

You Might Also Like

0 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe