Woahhh, Cameron Highlands!

Mac 04, 2013

LAPORAN KHAS OLEH MANUSIA YANG SUPER GUMBIRA!

Ini kali yang ke-2 menjejakkan kaki di Cameron Highlands, Pahang. Last time pergi waktu Form 5 which is 4 tahun yang lepas. Disebabkan ada secebis sisa pengalaman lepas, masing-masing tanya apa yang best kat sana. Actually mak pun pernah pergi. Tapi kisah beliau lagi lejen. Berpuluh tahun nannnn lalu, waktu zaman beliau sekolah lagi.

Kitorang plan tanpa libatkan ayah sebab dia memang susah nak diajak gi bercuti ni. Jadi, berbekalkan duit simpanan mak dan anak-anak beliau ni, kitorang terus book hotel untuk satu malam dekat Tanah Rata. Nama hotel tu Calla Lily Boutique Hotel. Tu pun hasil google mengoogle. Murah jugak. Servis pun okeh. Condition bilik super ohsem untuk kategori hotel bajet.

We just stayed for 1 night sebab selain ni adalah rancangan saat akhir, aku dgn adik aku ada banyak hal yang nak kena settle kat Shah Alam memandangkan kitorang baru je pindah rumah sewa. Justeru, disebabkan tekanan hidup yang agak melampau, alhamdulillah, cameron nyata menyejukkan keadaan. Cewahhh!



Tak banyak tempat yang kitorang singgah. Hari pertama, pergi pasar malam kat Brinchang, memang shopping habis lah. Dengan bajet yang rendah boleh beli macam-macam! Borong strawberry for sure. Segala makanan yang asing pun kitorang bedal. Wowowowo. Sungguh kejutan budaya! lol

Malam tu, selain melantak makanan-makanan yang dibeli dari pasar malam, kitorang pekena satay sekali. Even rasanya sama je macam dekat Johor, tapi oleh sebab dah lama tak pekena satay, rasanya memang heaven lah. Paling epik, order sampai 100 cucuk tapi at the end of the day, bungkus separuh bawak balik bilik! Napsu tu napsu!



Hari last, cuma jalan-jalan sekitar Tanah Rata sebab kalau nak pusing satu Cameron memanglah tak sudah; dengan kerta yang banyak dan jalan yang sesak. Jadi pagi tu kitorang singgah Taman Agroteknologi MARDI, mak ayah memang eksaited masuk situ sebab diorang suka tengok tanam tanaman nih. Mula berangan nak tanam itu ini bila duduk kampung nanti.



Lepas tu kitorang bergerak ke Big Red Strawberry Farm. Peh kat sini memang ohsem wa cakap lu! Untuk hantu-hantu strawberry macam kitorang, tempat ni memang heaven. Oleh sebab waktu tu bukan musim petik memetik strawberry, kitorang cuma mampu menjamah segala macam makanan yang berasaskan strawberry. We tried strawberry ice-blended, waffle, cheese cakes + fresh cream. Double thumbs up! (Y)






Macam biasa, lastly, beli souvenir untuk orang-orang kampung. Mak belanja satu t-shirt. Jimat duit PTPTN. Gituh. :P

Maka pulanglah kami dalam keadaan gumbira. Walau kegumbiraan itu bukan lama, tapi bahagia tu masih ada. 


You Might Also Like

0 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe