Hutang Kahwin Salah Kerajaan Malaysia?

April 26, 2013




INI BUKAN ENTRI KEMPEN!

Video kat atas dah banyak tersebar di FB. Biasalah, musim berkempen cenggini, rakyat disajikan dengan macam-macam isu. Pada aku, semua ni bagus so that rakyat boleh berfikir. Sebab kuasa memilih di tangan kita! Ceh, cakap macam orang dah boleh mengundi pulak! Haha

Video tersebut dimuat naik oleh ahli Pakatan Rakyat yang mengetengahkan isu beban hutang orang muda yang baru berkahwin.


Haa. Besar-besar aku kasi! Basically, they talk about this. Tapi, serius, aku tak berminat untuk bercakap dalam perspektif politik.

OK. Aku nak komen tang kahwin tu je. Betul, aku belum kahwin. Tapi tak semestinya aku tak boleh bercakap soal perkahwinan kan? Pada aku apa yang dikisahkan dalam video tu adalah realiti hidup rakyat Malaysia. Hakikat bahawa rakyat Malaysia berbelanja melebihi garis kemampuan tak boleh kita sangkal lagi. Tapi tak bermakna semuanya boleh dipolitikkan.

Pokok pangkalnya, berbelanjalah ikut kemampuan. Aku tahu, hidup sekarang ni memaksa kita untuk berhutang dalam kebanyakan perkara. Paling obvious, PTPTN, loan kereta dengan rumah sebab kita tak mampu bayar cash berpuluh-puluh ribu. Tapi tak bermakna kita tak boleh menyimpan kan?

Ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu buat majlis kahwin gah-gah, jangan sanggup berhutang untuk majlis yang mewah. Tak semua impian boleh jadi kenyataan. Perkahwinan tu kan satu ibadat. Jadi, biarlah ikut syariat, bukan ikut adat semata-mata. Apa yang paling penting bukan majlisnya, tapi kehidupan selepas itu. Kan? :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak dinafikan, kos sara hidup kat Malaysia ni makin meningkat. Tapi tolong jangan salahkan kerajaan for every single things. Tak adil lah kan... Apa-apa pun, selamat mengundi! Pilihan ditangan kita. Selamatkan Malaysia. :D

You Might Also Like

2 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe