Doodles Dolu-Dolu

April 12, 2013

"Kelip-kelip ku sangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib ku sangka mati
Kalau mati mana kuburnya"

Cewah. Macam tak biasa pulak kan. Aku memang suka menghilang dengan alasan yang sama. Kononnya sibuk dengan kuliah. Hey! Bukan konon konon okeh. Ini sungguh! Once dah naik semester baru, memang begitulah coraknya. Permulaan sem ni agak hectic. Nanti akan ku kisahkan. Gituh.

Oh ya, nak kongsikan few artworks. Sebenarnya, sepi-sepi aku pun bukan bersenang-lenang goyang kaki kat rumah. Ada few orders untuk doodles yang nak disettlekan. Ada yang kena buat urgent, ada yang regular order. Alhamdulillah, rezeki bhai!

Kat bawah ni ada antara doodles yang dah lama aku buat tapi tak pernah siar kat blog. *ceh siar~

1. SINGLE DOODLES


2. COUPLE DOODLES


3. MEGA DOODLES


Ya, rupa mereka agak serupa. Well, lahir dari bapak yang samakan... Lol. Rata-rata customer berpuas hati dengan design di atas; walau ada antaranya yang kena alter few times. Ada yang nak jadikan logo, ada yang tempah untuk banner, kad kahwin, header blog dan simpanan peribadi. Ceh, kemain! Sungguh, aku gigih demi rezeki yang halal. Nak kumpul duit buat nikah anak gadis orang 3 tahun lagi. Wakakaka. Angan tak sudah, alepp!

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, try la approach, mana tahu aku sudi untuk design-kan. Maklumlah, aku ni bukan full-time designer. Kalau ada free times tu aku design la sikit-sikit. Sebab tu jarang aku terima urgent order. I just left the message unreplied. Gituh. 

Ok bai. :D

--- Untuk sebarang tempahan, emelkan ke ahmadalieff@ymail.com / PM aku kat pageFB

You Might Also Like

1 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe