Satu Desa Sejuta Warna @ Pasir Salak!

Mei 30, 2013

Alhamdulillah, settle sudah program anak angkat yang julung-julung kalinya diadakan oleh Student Community Law Club (SCLC), kelab yang aku join kat Fakulti Undang-Undang. Sebagai pengarah program yang diberi nama Satu Desa Sejuta Warna (SDSW) ni, aku bersyukur sangat-sangat program ni berjalan dengan lancar. Setakat terkurang kat sana sini tu biasa lah kan. Memandangkan ni percubaan pertama kelab ni buat program legal teaching dan volunteerism berkonsepkan keluarga angkat, aku harap program ni dapat menjadi inspirasi kepada penyambung legasi kepimpinan kelab untuk terus menyumbang kepada masyarakat berteraskan tiga tunjang utama SCLC, legal teaching, volunteerism dan social entrepreneurship

Basically, sepanjang 4 hari di Kg Pasir Salak, kitorang buat aktiviti gotong-royong di kawasan kampung, sukaneka, modul aktiviti legal teaching dengan kanak-kanak tentang hak-hak apabila ditahan polis, talk tentang perlembagaan persekutuan, kenduri kampung dan malam kebudayaan.  Kalau nak cerita every single thing yang berlaku sepanjang program hari tu, agak rajin la pulak korang nak membacanya kan... Jadi, biarlah gambar yang bercerita.








We had so much fun there! Akan merindui setiap detik bersama mereka. Mereka yang aku maksudkan di sini adalah semua orang yang terlibat dalam menjayakan program ni daripada awal hingga akhir iaitu jawatankuasa program SCLC, para peserta yang datangnya dari pelbagai fakulti dan pastinya orang-orang Kg Pasir Salak yang super supportive!

Terima juga diucapkan kepada Bank Islam, Coolblog, MyChef, Kawan Food, dan Snek Ku yang sudi memberi tajaan dan menampung sedikit sebanyak perbelanjaan sepanjang program.

#SDSW #SCLC rocks!

You Might Also Like

0 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe