Mooting!

Jun 18, 2013

OK no offence. Aku memang suka tepek gambo beso beso dalam blog ni. Puas sikit tengok. Gigih pulak kan nak 'open in new tab' lepas tu view actual size gambo. Ahaa... Sesungguhnya aku sedang memudahkan hidup kalian. *clap clap*

Alhamdulillah, selesai satu lagi seksa untuk semester ni. MOOTING. Basically mooting ni kiranya satu perbicaraan dalam mahkamah, ada stail dan etikanya yang tersendiri. Macam perbicaraan kat mahkamah rayuan yang sebenar, cuma kesnya adalah rekaan semata-mata. So law students ni la yang kena prepare segala arguments yang perlu disokong dengan akta atau keputusan mahkamah dalam kes-kes yang terdahulu.

Well, kerja last minutes ni memang jadi feberet sejak dulu. Dah nak dekat oral submission (mooting session) baru nak prepare segala bahan untuk persidangan. Ditakdirkan pulak, mooting session tu ditangguhkan untuk beberapa kali dek macam-macam hal. Tension tu memang la tension. Maklumlah, group last. Bila group last ni, kiranya dah nak dekat final exam week. Orang lain dah ready study untuk final, kitorang still stress menunggu bila benda alah ni nak habis.

Berbekalkan azam dan keberlagakan yang tinggi, giliran aku sebagai senior counsel untuk appellant membuka tirai perbicaraan. Sounds so poyo. Eheks. Pada aku, barang yang lepas janganlah dikenang. Kalau nak kenang jugak, tak perlulah story kat orang panjang-panjang. Syukurlah segalanya berjalan dengan lancar.

YEAH! WE DID IT!


Sudah sudah! Mari study untuk final exam! Eh bukan. Mari study untuk masa depan yang lebih gemilang! :D

You Might Also Like

1 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe