Final Exam Lagi!

Julai 02, 2013

5 subjek dalam masa seminggu. Tanpa study week. Killer subjects with no gap! Ini memang gila. Antara 6 semester yang aku lalui (termasuk Asasi), semester ni la yang jadual examnya paling keji. Namun harus bagaimana ya...? Terusin aja dong! Ngapain ribut-ribut di musim jerebu ini? Eleh.

Paper pertama, Criminal Law II baik-baik saja. Sederhana. Tak terlalu teruk, tak terlalu ohsem. Masih mampu senyum. Esoknya ada dua paper; pagi Land Law, petang Malaysian Legal System II. Paper pertama pagi semalam cukup cantik. Cuma petangnya.... sumpah aku tak yakin hasilnya. Fikiran cukup terganggu petang tu dengan insiden yang terjadi sebelum exam start.

On the way nak ke exam hall lepas first paper pagi tu, motor aku boleh rosak pulak kat tengah jalan. Memang sadis lah. Hilang masa untuk last preparation sebelum start second paper. Lepas tu, decide untuk tumpang motor sorang member ke exam hall yang letaknya kat luar kawasan kampus. Tambah menyedihkan, motor dia pun tetiba buat hal. Dekat satu jam jugaklah masa terbazir melayan masalah motor tu.

Bila start exam, mulalah mental breakdown. Submit 30 minit sebelum tamat exam dengan jawapan yang entah apa-apa. The ugly truth. Berserah. Itu last word.

--- moga subjek-subjek yang mendatang membawa senyuman yang lebih lebar pada wajah. fighting for Administration of Trust & Environmental Law!

"Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Rabbi Tammim Bil Khaiyr. Amin."

You Might Also Like

3 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe