Ramadhan dan Candy Crush

Julai 16, 2013

Alhamdulillah, selesai final exam, bertemu pulak dengan Ramadhan. Sungguh cantik aturan Ilahi. Walaupun sudah masuk hari ke-7 kita berpuasa, masih belum terlambat untuk penulis blog yang berhabuk ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna buat kita semua. Tak lupa, semoga amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Allah yang mulia ini mendapat keberkatan di dunia juga akhirat. Amin.

Ok, laaa ni nak bercakap tentang ketagihan baru dunia permainan maya iaitu game Candy Crush SAGA yang kini popular di Facebook dan smartphones / tablets. Aku ni bukan kaki game. Aku akan pastikan henpon dengan laptop aku bebas daripada sebarang aplikasi permainan. Motif asalnya taknak kasi budak-budak main henpon / laptop aku. Tapi lama kelamaan aku hilang minat untuk main benda alah tu semua. Buat bazir battery henpon je.

Tapi ditakdirkan pada satu hari tu, ternampak sorang member aku ni main game Candy Crush kat fb. Saja je lah tengok. Lepas tu menggatal nak try main. Dari situlah datangnya addiction. Login fb semata-mata nak main benda alah tu. Dah tak tengok dah apa yang dipublish kat timeline. Tak cukup dengan tu, install pulak kat henpon. Backup kalau kat fb dah habis nyawa.

Sedar yang benda alah ni melekakan, aku uninstall apps tu dari phone. Boikot, tak bukak kat fb lagi. Tapi tu terjadi waktu dah nak final exam. Mana taknya, cuma study bila nyawa dah habis. Lepas dah dapat satu nyawa semula, main balik. Begitulah seterusnya. Sungguh hina perlakuan tersebut. Haha.

Lepas final exam hari tu, memandangkan dah tak perlu pikir pasal law books bla bla bla, aku reinstall game tu dalam phone dan terus mara level by level like a boss! Ketagihan berterusan sampai sekarang. Tapi sejak akhir-akhir ni, semangat nak teruskan permainan semakin pudar seperti lagu Rossa. Mana taknya, asyik failed je. Lenguh otak. Elok mendoodle macam sebelum-sebelum ni. Lagi senang. Huh.

Kepada yang masih gigih meneruskan permainan, selamat maju jaya lah ya! Game game jugak, jangan sampai lupa kejar fadhilat Ramadhan! Selamat berpuasa! :D

---- Dengar cerita, pemilik game Candy Crush ni mengaut sebanyak USD 633,000 sehari (RM 2,018,853) bersamaan USD 6.7 juta (RM21 juta) setahun! Kita yang main ni? Krikk krikkk


You Might Also Like

14 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe