Kembali berkarya

Julai 17, 2013

Macam biskut. Sekejap ada, sekejap tak ada. Tapi diharapkan aku ni spesies biskut chipsmore lah. Ada sekali sekala pun rasanya tetap sama, sedap sentiasa. Ok perasan. Haha. Kekangan masa menyebabkan aku kehilangan blog yang aku sayang dengan domain alieff.com.



Akibat daripada kegagalan itu, aku kembali ke blogspot. Sebab aku sedar aku bukan spesies yang komited dengan blogging. Tunggu cuti panjang baru ada nafsu nak menaip panjang-panjang. Kalau kat twitter tu lain lah. Bila nak mengarut, cuma klik je app twitter kat henpon. Mudah.

Kali ni, aku renovate sikit-sikit blog yang aku guna sebelum ni. Still under construction. So nampaklah hodohnya tu kan.. K, faham. Eheh. Dah lama tak bermain dengan coding template nih. Tengah refresh balik. Maklumlah, berbulan-bulan jugak tak terima tempahan design blog. Terpaksa tolak sebab banyak urusan lain dekat fakulti.

Doodle. Selama aku sunyi dalam dunia blog ni, aku buat jugak sikit-sikit. Mana tempahan yang datang, aku check balik jadual kerja aku. Kalau takde assignment, assessment atau hal kelab, aku buatlah. Cuti ni, cuma mendoodle untuk blog sendiri. Baru semalam terima tempahan doodles, siap dah tengah hari tadi. Alhamdulillah, akak yang dah biasa menempah tu berpuas hati. :)


Ramai sebenarnya blogger yang buat servis design ni. Kalau tengok kat bloglist aku, aku kira semua yang ada kat situ terima tempahan design. Macam-macam. Well, setiap designer ada identiti yang tersendiri. Lain orang, lain caranya. Bagi aku, kalau ada bakat, gunakan sebaik-baiknya.. :D

---- Dah seminggu kan kita berpuasa? Takde ke sesapa nak buat video budak puasa seminggu? Eheh

You Might Also Like

13 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe