Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Julai 24, 2013


Dulu lain, sekarang lain. Tak gitu? Ingat lagi waktu mula-mula try lukis gambo orang guna photoshop, 2 tahun yang lepas (tahun 2011). Semuanya guna shape tool je. Bulat sana sikit, bulat sini sikit. Antara doodles aku yang terawal cenggini wajahnya:


Agak aneh sikit rupanya tapi waktu tu kira ni satu pencapaian yang ohsem jugak la bagi aku. Niat nak cuba-cuba mendoodle sendiri tu dah lama ada, cuma tak reti nak guna software-software grafik macam photoshop ni. Kalau lukis freehand tu lain cerita lah. Habis segala buku nota aku berconteng.

 
Haaa... Yang kat atas nunn perubahan stail doodling aku. Ni masuk tahun ketiga aku doodling guna photoshop. Still open untuk tempahan. Actually, kepercayaan customer lah yang buat aku explore dan develop skill yang aku ada. Omputeh kata, practice makes perfect kan? Biarlah tak perfect di mata orang lain, tapi perfect di mata kita. Belajar dan terus belajar. Itu kuncinya. :)

----------------
Pernah dengar tentang penyanyi cilik dari Indonesia bernama Tegar yang popular dengan lagu "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang"?

DOWNLOAD MP3 DI SINI


You Might Also Like

11 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe