Aku & Latihan Industri (1)

Julai 25, 2013

Untuk student law UiTM, lepas semester 4, kena buat praktikal kat mana-mana mahkamah, firma guaman, PDRM atau syarikat yang ada legal department. Kisah aku bermula dengan intro yang tak berapa baik. Plan asal nak buat attachment kat legal firm sebab ada beberapa sekitar taman perumahan aku. Lagipun, kalau buat dekat firm, bolehlah dapat gaji sikit. Ermm.. at least sikit.

Tapi cubaan gagal. Telepon punya telepon, masing-masing taknak terima aku. Ceh sampai hati! Faktor utama, sebab tempoh praktikal ni pendek sangat. Sebulan lebih je pun. Semua firm yang aku contact terima attachment student untuk tempoh minimum 3 bulan. Cehh.. aku cuma buat industrial training je pun, bukan nak buat chambering.

At last, aku decide untuk buat kat Mahkamah Tinggi Malaya JB, bahagian Jenayah. Permohonan untuk buat attachment kat court di-handle oleh pihak fakulti. So senang lah sikit, tak payah pening-pening. Walaupun hakikatnya hampa jugak sebab agak jauh dari rumah. Paling gampang, submit application waktu hari last. Fuhh. Janji settle.

Antara Syurga dan Neraka


Bukan cerita pasal profession, bukan juga cerita pasal hukum hakam ya. Cuma wonder je la apa agaknya nasib aku nanti. Sama ada heaven gila atau dem bosan like hell! Ok teruk betul bahasa tu. Kurang pahala puasa di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Dipendekkan cerita, dek jumlah attachment students yang agak ramai bagi hemat penolong pendaftar mahkamah, kitorang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dan inilah jadual sepanjang tempoh praktikal ni:

22 - 26 Julai: Mahkamah Tinggi (Sivil)
29 Julai - 7 Ogos: Unit Kebankrapan
12 - 16 Ogos: Unit Pentadbiran
19 - 23 Ogos: Unit Lelong
26 - 30 Ogos: Mahkamah Tinggi (Jenayah)

Memula tengok jadual tu, rasa eksaited pun ada. At least taklah duduk mengadap department yang sama untuk sebulan lebih tu. Tapi setelah diteli semula... OMG! Kerja sampai last day puasa kot! Like.. seriously, puan?!

To be continued...

You Might Also Like

0 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe