Aku & Latihan Industri (2)

Julai 28, 2013

< Episod 1

Minggu pertama bermula dengan agak bosan. Cuma dengar perbicaraan kes sivil. Paling sengal, kitorang dengar kes yang sama untuk 3 hari berturut-turut. Dan yang paling tak boleh blah, hari ketiga baru tahu kes tu tentang apa sebenarnya. Huh.

Hari pertama datang awal, lebih kurang pukul 7.45 pagi. Hari kedua around 8.30 pagi. Hari ketiga jejak court pukul 9. Like a boss! Maklumlah, kedatangan tak diambil pun. Pernah tanya kat Penolong Pendaftar kat situ, "Puan, macamana dengan attendance ya?" Dia cuma balas, "Oh takpe, kami tahulah..." Err -..-"

Duh.. Fikiran mula melayang. Dalam hati dah menjerit-jerit lagu Stacy. "Aku bo bo bo bo bosan!" Persoalan yang bermain-main di fikiran, "Apa yang best when it comes to Wednesday?" Hey, wayang lah! Tengah hari tu, kitorang terus shoot ke City Square JB. Dengan suit black & white ni, buat deqq je la masuk wayang.


And yeah! Pacific Rim sangat ohsem! Ini kes terbesar yang kitorang tengok minggu tu. Haha. Mungkin boleh include kat dalam log book. Kalau nak carik pasal lah.


Esoknya, kitorang terus ke bilik Penolong Pendaftar tu, mintak permission untuk ke Mahkamah Majistret kat Jalan Air Molek. Alhamdulillah, untuk 2 hari tu, kitorang attached dengan Puan Majistret bahagian Jenayah kat situ, grad law UiTM jugak. Well, dia pun cakap time dia buat praktikal dulu pun takde siapa yang supervise. Hari-hari balik awal... atau pergi shopping.

Tapi apa-apa pun, kat Magistrate Court lagi best. Belajar banyak benda dengan lebih jelas. Siap dapat layanan first class lagi. For the first time, aku rasa ini baru praktikal! Siap borak-borak dengan OKT kat lokap sebelum dibicara. Kebanyakannya kes dadah la. Oh, bangsaku!

--------
Sabtu dengan Ahad free. So, berpeluang berbuka puasa dengan member sekolah, berlarutan sampai tengah pagi. Siap midnite movie! Super duper ohsem~ T_____T

http://moviehole.net/img/wolverine.png


To be continued...

 

You Might Also Like

0 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe