Doodle Gadis Blogger

Ogos 02, 2013

Dunia dah hampir sampai ke 'pengujungnya'. Ini hakikat yang kita semua kena terima. Dah banyak sangat dah tanda-tandanya. Terkadang kita ni cuma pandang sebelah mata, tak ambek port langsung perubahan yang ada.

Ceh. Intro bunyik serius ya amat. Sebenarnya nak cakap yang nisbah orang perempuan berbanding lelaki semakin besar. Disebabkan pilihan yang maha ramai, maka makin banyaklah kes poligami dan kahwin sembunyi-sembunyi terjadi. Eh, aku tak maksudkan kau ya, Acap. Eleh.

Kalau sebelum-sebelum ni, lelaki banyak jadi mafia, sekarang, orang perempuan pun boleh! Amboi amboi amboi~ *hulur jari kelingking ala hazwan hali*

Jadi, memandangkan Ramadhan semakin dekat dengan Syawal, daku mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjuk hasil karya terbaru aku. Cis, riak betul! Berikut merupakan single doodle yang ditempah oleh 2 orang blogger sunti lagi jelita.


Dua-dua customer nak doodle perempuan dengan laptop. Hasilnya mungkin nampak sama sikit... kot. Cuma sebenarnya doodle belah kiri tu separuh badan je. Saja aku bubuh meja, kasi stable dengan doodle belah kiri. Kesian pulak tgk dia duduk meninggi diri sorang-sorang kan... Hehe

Kedua-dua doodle ni aku design lepas balik terawih sebab siangnya dah seharian dekat mahkamah. Bila balik kerja, memang berat betul mata nak mengadap laptop. Tapi alhamdulillah, kedua-duanya siap dalam masa sehari tempahan.... dan mereka happy.

Nak tempah? Klik tab atas nun! :D

 

You Might Also Like

11 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe