Aku & Latihan Industri (3)

Ogos 04, 2013

< Episod 1
< Episod 2

Minggu kedua sepatutnya praktikal kat Unit Kebankrapan, dalam bangunan yang sama dengan Mahkamah Tinggi Sivil cuma aras yang berlainan. For a start, kitorang cuma duduk dalam bilik Penolong Pendaftar unit bankruptcy, 'tengok wayang'. Errr..

Actually tengok lawyer-lawyer keluar masuk buat sebutan tentang notis bankruptcy. Tak banyak peluang nak buat soal jawab sebab kitorang difahamkan hari Senin dengan Selasa memang ada banyak kes nak settle. Tapi dapat banyak jugak overview tentang prosedur dgn isu-isu berkaitan kebankrapan kat negara kita ni.

Tengah hari tu kitorang pergi ke bahagian yang handle segala dokumen dan filing pasal bankruptcy. Baca kes. Yes, that's it. Alahai mengantuknya. Then aku decide untuk balik rumah tengah hari tu. Aku contact adik aku senyap-senyap, ajak dia pergi celcom centre, ganti simkad aku yang hilang. Lepas tu tiba-tiba mak aku sms!

"Angah nak balik? Takde kes ke? Bagus jugaklah.. Mak ingat nak buat kuih raya."

Amboi amboi mak. Kemain bersyukur bunyiknya tu. Daripada unit bankruptcy ke unit kuih raya! Eheh.

Esoknya kitorang escape lagi tengah hari, plan nak tengok wayang lagi, cerita Red 2. Malangnya, tayangan dibatalkan sebab masalah teknikal. Malas nak tukar cerita lain. So, kitorang decide untuk refund balik duit tiket dan balik. Bosan dengan bankruptcy, kitorang decide untuk ke Mahkamah Syariah esoknya. Environment Baru.

 

Lepas menyaksikan beberapa sebutan kes cerai dan sedikit drama Melayu, kitorang ke City Square lagi. Ehem ehem. Kali ni, it's either filem The Conjuring atau RIPD. Atas faktor masa tayangan, keputusannya...

http://collider.com/wp-content/uploads/ripd-banner.jpg
p/s: Jangan tiru habit buruk ini. Ia teruk. Percayalah!

To be continued...
 



You Might Also Like

4 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe