Kad Raya Doodle Edisi Pertama

Ogos 06, 2013

Alhamdulillah, ini kad raya pertama yang aku design dan cetak sendiri untuk sahabat handai dan rakan blogger. Dah siap ditepek dengan setem dan dibubuh dalam kotak pos dengan penuh kasih sayang dan pengharapan. Moga sampai la ya ke tangan mereka. Mungkin jugak ada yang dapat lepas raya. Janji dapat. Ya tak? Eheh :P

Untuk percubaan pertama ni, tak banyak yang aku cetak. Tak sampai 20 keping. Biasalah, masalah masa dan ekonomi. Kat JB ni susah sikit nak dapat tempat cetak yang berpatutan harganya. Kalau kat Shah Alam, belakang UiTM tu, cetak full color kat paper bersaiz A3 jenis art card baru RM 2.50 sekeping. Kat tempat aku paling murah RM 6.00 kot! 

Takpe takpe. Moga dipertemukan dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang, mudah-mudahan diberi kesempatan untuk kasi kat lebih ramai kawan, terutama pengunjung-pengunjung blog aku ni. Seronok sebenarnya bila dapat kat raya. Waktu aku sekolah dulu, at least 10 keping kad raya posmen hantar kat rumah. Sekarang ni, main tag-tag kat fesbook aje lah. ://

p/s: Terima kasih buat Cik Bulat sebab sudi kasi kad raya. Kemain sempoi 'karangan' beliau dalam kad tersebut. Eheh.


You Might Also Like

7 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe