Teruskan berdoa!

Ogos 16, 2013


Spread the words, share the rewards.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda (maksudnya):
“Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka...” (HR at-Thabrani)

Sesungguhnya doa tu kan senjata orang-orang yang beriman. Mungkin kita tak sekental saudara-saudara kita di sana untuk turut sama berjuang. Tapi tak bermakna kita tak boleh sumbang apa-apa kan untuk mereka? Ambil tahu, ambil berat. Sama-samalah kita doakan, moga mereka semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat & kasih sayang Allah. Amin.

Terkesan dengan coretan yang makin tersebar kat fesbook. Luangkanlah masa untuk hayati:


ANTARA RAKYAT MALAYSIA DAN MESIR: ISU SINI DAN ISU SANA
  1. Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci di hadapan skrin hanya melalui kata-kata, kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.
  2. Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang, kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai pedang.
  3. Ketika kami marah akan kecederaan Messi, kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.
  4. Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona, rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.
  5. Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah, masjid kamu penuh sehingga Medan dipenuhi khemah.
  6. Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat, masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.
  7. Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal, anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.
  8. Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah, kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.
  9. Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah, kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.
  10. Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua, muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.
  11. Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik, ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.
  12. Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka, pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.
  13. Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit, masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.
  14. Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa, kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.
  15. Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara, sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.
  16. Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
  17. Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya. Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.

#PrayforEqypt #PrayforSyria #PrayforPalestin #PrayforIslam

You Might Also Like

4 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe