Penjual Biskut Yang Berjaya

Disember 11, 2013

Ya, aku sekarang dah jadi penjual biskut yang successful. Jualan tersangat laris sampai aku sendiri tak sempat rasa - sedap ke tidak. Ceh -..-"

Kisahnya, hari-hari aku stalk blog orang lain - terutama yang ada dalam bloglist. Kemain ligat masing-masing menaip. Baca entri tanpa tinggalkan sedikit pun bukti. Heh. Lepas tu scroll blog sendiri atas bawah, atas bawah. Entah, tak bernafsu nak menaip entri baru. Padahal banyak je benda boleh story.

Justeru, di kesempatan ini, ingin dimaklumkan bahawa tempahan design akan dibuka bulan depan - lepas settle final exam. Hehu. Maaf buat semua yang pm kat fb, hantar emel dan ada jugak yang whatsapp. Bukan tak sudi, cuma agak sibuk siapkan thesis. Maklumlah final year student. Elehhh.

Oh ya. Kalau selama ni kerja aku cuma design dan upload dekat blog dengan fb, kali ni aku cuba untuk hasilkan design dalam bentuk fizikal - yang dicetak. Maka lahirlah Epique Concept - clothing dan Tiga Loker - merchandise. Nampak macam masyuk je kan. Tapi sebenarnya agak mencabar untuk mulakan bisnes sendiri macam ni. Tak semudah dropship yang ramai orang sekarang buat. Sebab bisnes macamni kena ada modal. Jadi, banyak pengorbanan kena buat.

Untuk bisnes clothing tu, aku buat dengan famili sendiri. Baru settle fasa pertama jualan. Belum ada keluaran baru lagi. Insya-Allah, tahun depan. Hehe. Bunyik macam lama lagi kan. Yang Tiga Loker tu aku khaskan untuk merchandise dan creative stuff. For now, kitorang ada jual totebag! Alhamdulillah, sikit je lagi tinggal!





100% kanvas mesra alam sekitar. Harga cuma RM25. Kalau berminat nak beli, boleh contact melalui fb ya. Nak whatsapp pun boleh. Tapi pm dulu fb, nanti aku kasi nombornya. Limited edition tu. Eheh.

Jemput follow instagram @tigaloker sekali ya. Mekasihhh :D


You Might Also Like

9 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe