Photobooth & Photo Props Yang Macam Cantik Jer...

Disember 13, 2013







Minat untuk hasilkan sendiri photo props untuk events dah lama ada, sejak belek-belek gambo orang kahwin. Photo props ni sebenarnya function dia nak bagi gambo nampak havoc je la. Dengan icon dan wording yang menarik, sesuatu event tu nampak lebih ceria. Apa lagi yang lebih best selain bergaya depan kamera ye dak?

Cuma pada aku, walaupun props dah cukup comey, tapi kalau background untuk bergambar tak berapa menarik, hasilnya pun tak berapa nak cun jugak. So, kena pandai la pilih tempat untuk set-up photobooth tu.

Ada ramai orang yang buat bisnes photo props ni. Cuma yang membezakan kualitinya. Kualiti dari segi bahan yang digunakan, design dan kekemasan. Aku ni agak cerewet jugak. Tak suka hasil kerja yang 'asal siap' je.

Kos untuk buat photo props ni taklah tinggi sangat. Boleh jadi serendah seploh ringgit. Tapi kalau nakkan kelainan, keunikan dan kualiti yang lebih elok, kenalah keluar duit lebih sikit. Bukan semua orang suka benda-benda yang stereotype ni kan? Setakat nak bubuh tulisan, cuma kena beli marker pen, kertas warna dengan lidi satay. Siap photo props untuk budak tadika! Eheh

Abaikan gaya skema tu. Definitely korang boleh buat lebih baik daripada ni! Haha.

Nak photo props tapi tak berapa rajin nak buat? Tak cukup kreatif? Ehem. Contact guwe aja dong. Biasa diatur kok! http://static.cbox.ws/smilies/1/grin.gif

You Might Also Like

6 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe