My Ramadhan Checklist

Jun 29, 2014




Ramadhan Kareem!


Sekali lagi diucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat -- walau di mana jua anda berada. Tahniah kerana dipertemukan dengan Ramadhan!

Dikesempatan ini, nak berkongsi dengan korang semua, satu checklist yang menyenaraikan amalan-amalan yang baik sepanjang bulan puasa ni. Biasalah, puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga kan. Time bulan puasa ni la sebenarnya nak boost up kita punya motivation untuk jadi manusia yang lebih baik hari demi hari.

Checklist ni pernah disebarkan oleh kawan satu fakulti dua tiga sem lepas. Memang sangat berguna untuk ingatkan kita ibadah sunat yang mana yang kita belum lakukan. Check this out!




http://3.bp.blogspot.com/-1WMBs8q8bGk/Udrny3-D1PI/AAAAAAAABsg/tStftsoN5UU/s1600/checklist-ramadan-copy.jpg

Basically ada 33 amalan -- termasuklah yang wajib dan sunat untuk kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Kalau namanya pun sunat, taklah wajib tunaikan semuanya. Pegang pada prinsip, hari ini lebih baik daripada semalam. Kalau nak berubah, tak perlu drastik kan? Biasakan diri dulu. :)

  1. Bangun awal pagi
  2. Solat Sunat Tahajud
  3. Solat Sunat Taubat
  4. Solat Sunat Hajat
  5. Solat Sunat Witir
  6. Bersahur
  7. Bersugi (memberus gigi)
  8. Solat Sunat Rawatib sebelum Subuh
  9. Solat Subuh
  10. Membaca Al-Quran
  11. Berselawat untuk Nabi Muhammad SAW
  12. Membaca Al Ma'thurat dan berwirid sehingga matahari naik
  13. Niat yang baik sebelum bekerja/ belajar
  14. Solat Sunat Dhuha
  15. Membaca Al-Quran
  16. Solat Sunat Rawatib sebelum Zohor
  17. Solat Zohor
  18. Solat Sunat Rawatib selepas Zohor
  19. Solat Asar dan membaca Al Ma'thurat
  20. Menyediakan dan membeli barang keperluan untuk berbuka dan bersahur (elakkan pembaziran)
  21. Memperbanyakkan doa
  22. Berbuka puasa dengan kurma/ air terlebih dahulu
  23. Solat Maghrib
  24. Solat Sunat selepas Maghrib
  25. Solat Isyak
  26. Solat Sunat selepas Isyak
  27. Solat Tarawikh berjemaah
  28. Tadarus Al-Quran
  29. Niat berpuasa sebelum tidur
  30. Tidur awal supaya dapat dipertemukan dengan Lailatul Qadar
  31. Menghadiri majlis ilmu
  32. Bersedekah
  33. Beristighfar

Moga perkongsian ni memberi manfaat kepada kita semua. Salam Ramadhan Al-Mubarak!

You Might Also Like

3 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe