Hadis Palsu / Dhaif Yang Popular Tentang Bulan Ramadhan

Julai 01, 2014


Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Tiap-tiap tahun kita dihidangkan dengan macam-macam berita yang mengkhabarkan hadis Nabi yang sekian-sekian hadis yang lemah, hadis palsu dan sebagainya tapi penyebaran tu tetap jugak berlaku. Faham, bukan semua antara kita ada ilmu hadis kan. Jadi bila datang kepada kita satu ayat yang dikatakan berasal daripada baginda, kita husnuzon, kita sebarkan pada kenalan kita kat facebook, twitter, whatsapp dsb dengan niat, untuk pengetahuan dan pengajaran bersama.

Ada banyak sebenarnya hadis yang disampaikan kepada kita tentang bulan Ramadhan adalah hadis yang lemah, yang tak boleh dijadikan rujukan -- yang palsu. Mungkin hadis-hadis yang kat bawah ni dengar macam familiar sangat. So do take note!

Hadis Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

Doa Jibril Menjelang Ramadhan:
"Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum masuk bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:
  1. Tidak minta maaf kepada kedua orang tua
  2. Tidak bermaafan dengan sahabat-sahabatnya
  3. Tidak bermaafan  dengan orang sekitarnya."
Maka Rasulullah mengaminkannya sebanyak 3 kali.


Hadis Ganjaran Bulan Ramadhan


"Berpuasalah, nescaya kalian akan sehat."

"Rejab adalah bulan Allah, Shaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Permulaan bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan pengakhirannya adalah pembebasan daripada api neraka."

"Umatku ini pada bulan Ramadhan diberi lima perangai yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya: (1) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma misk (2) Ikan-ikan memintakan ampun untuk mereka sampai berbuka..."

"Jika tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, Allah akan melihat pada ciptaan-Nya, dan jika Allah melihat pada ciptaan-Nya, Dia tidak akan menyeksa mereka selamanya. Dan bagi Allah pada setiap malam akan membebaskan sejuta manusia daripada seksaan api neraka."

"Seandainya hamba-hamba ini mengetahui apa yang terdapat di bulan Ramadhan, nescaya umatku akan terus berangan-angan agar Ramadhan terus berlangsung sepanjang tahun. Sesungguhnya syurga itu akan berhias diri untuk menyambut Ramdhan dari awal tahun hingga akhir tahun."


Hadis Ganjaran Solat Sunat Tarawih


Diriwayatkan oleh Saidina Ali RA, daripada Rasulullah SAW, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi SAW tentang fadhilat sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan:

  1. Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
  2. Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya  mereka orang beriman),
  3. Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  4. Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  5. Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
  6. Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya  pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  7. Malam 7- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
  8. Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
  9. Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.
  10. Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  11. Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga malam yang ke-30.


Yang di atas adalah antara hadis yang banyak dikongsikan. Kena lebih berhati-hati lepas ni -- at least siasat dulu kesahihannya. Sekarang kan mudah, google ada. Boleh rujuk blog atau website orang yang berilmu. Jangan main bedal je. Sebab Nabi SAW sendiri ada berpesan,

"Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan setiap yang dia dengar."(riwayat Imam Muslim)

Sebaliknya, sebarkan hadis-hadis yang sahih yang boleh dipraktikkan. Antaranya:

"Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan atas kalian berpuasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa terhalangi dari kebaikannya maka dia telah terhalangi (dari kebaikan)."
(riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa-i)

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah maka diampuni dosa-dosa yang telah lalu".
(riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

"Puasa itu perisai. Jika seseorang di antara kalian berpuasa, janganlah berkata keji dan janganlah meninggikan suara (berkelahi), dan jika seseorang mencelanya atau memusuhinya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa."
(Muttafaqun ‘alaih)

Moga bermanfaat buat semua. :)
Till then, selamat beramal!

Sumber:
Al-Fikrah.net | Alkahfi.com.my | Assalafy.org | Almakassari.com


You Might Also Like

2 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe