Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !


Assalamu'alaikum wbt.

Kepada yang first time singgah blog Alieff ni, selamat datang saya ucapkan. Dah lama tak join segmen otai blogger sado, Ben Ashaari. Tak lama dahulu, waktu mula-mula berblog (4 tahun lepas), saya memang sangat rajin sertai segmen Abg Ben. Selepas sibuk dengan aktiviti designing, nak update blog sendiri pun tak sempat!

Saya mula menulis blog sejak Mei 2010 semasa menuntut di UITM Shah Alam (Asasi Undang-Undang). Saya pernah berada pada tahap serius dalam dunia blog dengan domain alieff.com dan kemudiannya berhijrah ke alieff.my sehingga kini. Melalui blog alieff.my ini, saya berkongsi hasil kerja seni dan pengalaman hidup.

Kelebihan blog ni? Para pembaca boleh cuci mata dengan hasil doodles, kartun dan blog design di samping berpeluang untuk dapatkan satu untuk diri mereka secara peribadi melalui tempahan. Oh ya, saya juga ada hasilkan koleksi design yang boleh diguna pakai secara PERCUMA yang saya kategorikan sebagai freebies untuk kegunaan peribadi. Anda boleh gunakan sebagai gambar profile Facebook, wallpaper dan sebagainya.

IMPIAN

Impian untuk jadi kaya melalui blog tak pernah diimpikan selama ini. Tujuan berblog sebelum ini pun untuk berkongsi pengalaman hidup, persis sebuah online diary. Lama-kelamaan, platform blogger ini saya digunakan untuk berkongsi minat dan menjana pendapatan sampingan melalui tempahan design dan arts.

Alhamdulillah, dunia blogger menjadi medan untuk saya develop skill dan bakat yang Tuhan karuniakan. Dan atas asbab menjadi seorang blogger, saya kenal ramai orang yang ada minat yang sama dan rajin berkongsi pengalaman hidup masing-masing. Cool!

Salam Perkenalan. :)

http://www.joannebischof.com/wp-content/uploads/2013/11/divider.jpg 



You Might Also Like

25 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe