Doodles Design Penghujung 2014

Januari 10, 2015





Assalamu'alaikum wbt.

Dalam post sebelum ni, saya tampilkan koleksi design blog yang saya buat pada penghujung tahun 2014. Dan kali ni, saya kongsikan pula antara doodle yang sempat saya siapkan. Buat yang belum tahu, saya panggil lukisan di atas ni sebagai "doodle". Lukisan mukanya tak real, langsung tak mirip dengan wajah manusia sebenar. Kalau ada pun mungkin mirip Pazura. (Hehe)

Ada client yang keliru. "Doodle tu cemana ek?" "Vector tu apa pulak?"

Saya pernah post di Facebook sebelum ini, ilustrasi yang membezakan antara gambar sebenar, vector, dan jugak doodle. Pengalaman saya, ada seorang client perempuan yang request saya lukiskan doodle tapi nak sebijik rupa dia, tak nak mirip-mirip. Subhanallah.

Dalam hati, Tuhan sajalah yang tahu. Menurut saya, kalau nak sebijik rupanya, lebih mudah bila selfie dan print kat kedai, letakkan dalam frame. Tada!


Suka untuk saya kongsikan perbezaan antara gambar sebenar, vector, dan doodle.



Can you spot the differences? Ok sekarang bulatkan perbezaanya pada gambar. (Hehe)


You Might Also Like

2 komen!

Facebook

Instagram

Subscribe